Monday 17 November 2014

Tema: Masyarakat Melayu - Minggu 10

Tempat : Auditorium 1 Fakulti Perubatan UiTM Sg Buloh
Tarikh  : 14 November 2014
Masa    : 2.30pm - 6.00pm

Kumpulan kami ditugaskan untuk mencari maklumat tentang nilai-nilai kemasyarakatan masyarakat Melayu di Malaysia. Berikut merupakan pembentangan tugasan kami:

NILAI-NILAI KEMASYARAKATAN MASYARAKAT MELAYU

Berpegang teguh kepada adat resam

Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti amalan hidup seharian. Orang melayu amat mejaga adat resam dan pantang larang dan adat istiadat. Contohnya, menyambut kelahiran,perkahwinan dan kematian.

Memuliakan orang tua 

Menghormati orang tua adalah satu nilai murni yang penting dlm masyarakat Melayu. Rasulullah S.A.W juga mengajarkan umatnya untuk menghormati golongan yang lebih berusia. Dengan wujudnya ikatan hormat-menghormati ini maka jalinan hubungan masyarakat dapat dieratkan.

Saling menghormati

Salah satu nilai masyarakat Melayu ialah tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang Melayu digalakkkan memberi penghormatan kpd orang lain terlebih dahulu.

Meraikan tetamu

Meraikan tetamu bukan sahaja digalakkan dlm masyarakat Melayu, malah amatlah dianjurkan oleh Islam itu sendiri kerana Allah S.W.T memuliakan orang yang memuliakan tetamunya. Namun terdapat beberapa adab yang perlu diamalkan baik sebagai seorang tetamu mahupun sebagai seorang tuan rumah. Oleh itu, berbuat baiklah dengan tetamu kita kerana amalan ini merupakan simbol masyarakat Melayu.

Bertimbang rasa

Masyarakat Melayu amatlah mementingkan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan. Sikap ini menjadikan masyakat kita lebih matang ke arah masyarakat yang lebih berdaya saing. Budaya seperti ini mampu menaikkan imej masyarakat Melayu.

Bekerja bersungguh-sungguh

Masyarakat Melayu apabila membuat sesuatu pekerjaan pasti akan melakukannya dengan bersunggguh-sungguh.

Bergotong-royong

Salah satu budaya murni orang Melayu ialah melakukan suatu pekerjaan dengan bergotong royong secara berkumpulan. Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti seperti kendu kendara, menanam dan menuai padi. Sifat ini melambangkan masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang bersatu-padu

Sekian sahaja pembentangan dari kami. Terima kasih


No comments:

Post a Comment