Thursday 6 November 2014

Tamadun Indus - Minggu 3



TAMADUN INDUS

   LOKASI
·  Terletak di lembah indus
·  Disaliri sungai indus
·  Sungai berpunca dari gunung Himalaya ke arah laut arab.
·  Tamadun indus terletak di bhgian barat  laut india
·  Banjaran Makran, Pergunungan Baluchistan,Punjqab dan Rajasthan di bahagian timur,serta  
   Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.
·  Petempatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar
   terancang.
·  Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok. Bahagian utama
   merupakan  pusat pentadbiran dan keagamaan
·   Menempatkan bangunan pentadbiran,tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual
   dan pembersihan,dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
·  Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan.
·  Bandar dirancang dengan  rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik.
·  Dibantu oleh kemajuan ilmu geometrid an pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia
   dan Mesir Purba.
·  Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh
   satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
·   Setiap bandar mempunyai system kumbahan yang terancang.
·   Bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

    EKONOMI
·  Mempunyai pengkhususan pekerjaan
·  Masyarakat ini telah menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan ,
   pertanian,pertukangan dan pembuatan.
·  Antara hasil perdagangan yang penting ADALAH emas,gading gajah, manik , dan hasil pertanian.
·  Petani  menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti
   barli,kacang dan sebagainya.
·  Masyarakat juga menjadi artisan.
·  Mereka ini terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.


    PERKEMBANGAN AKTIVITI
·  Di bahagian barat laut India penduduk yang mengamalkan kehidupan iaitu hidup
   berpindah-randah dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul makanan.
·  Penduduk ini kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.
·  Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus menyediakan sumber air tetapi juga telah
   dapat menyuburkan tanah.
·  Penduduk di kawasan ini menyesuaikan diri dengan alam sekitar
·  Meningkatkan penghasilan pertanian yang membawa kepada pertambahan jumlah penduduk
·  Faktor-faktor ini telah menyumbang kepada perkembangan Bandar utama yang terbentuk di
   Lembah Indus iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa manakala Lothal dan Sutkagen Dor merupakan
   bandar pelabuhan yang penting.

   AGAMA,BUDAYA DAN BANGSA
·  Di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.
·  Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang.
·  Kelas atasan yang utama ialah pendeta.
·  Para pendeta ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat
   terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan.
·  Atas dasar keagamaan , golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendete
   Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka, sejarawan berpendapat bahawa tampuk
   pemerintahan dipegang oleh pendeta.
·  Golongan bawahan  terdiri daripada petani dan buruh.
·  Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil
   tersebut kepada pihak kuasa.
·  Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar,membina
   tembok di benteng,dan membina terusan.
·  penemuan patung dan ukiran  unsure keagamaan.
·   penemuan sebuah patung yang dirujuk sebagai patung proto-Siva.
·   Objek tersebut menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk
   di  kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma , Vishnu dan Siva.
·  Kewujudan objek proto-Siva menjadi perkaitannya dengan agama Hindu
·  masyarakat  percaya kepada tuhan ibu.
·  Perkara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan
   terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia,Asia Kecil ,
   Syria dan Palestin.
·  Mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf.


   CARA INTERAKSI
·  Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan dengan Mesopotamia.
·  Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor
   buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.
·  Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan
   kedua-dua belah pihak memperolah manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau
  seumpamanya.

   KEKUATAN
·  Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok
·  Bandar-bandar terancang mengikut blok dan dihubungi oleh jalan raya.
·  Contoh Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa.
·  Kemajuan ilmu geometri
·  Pengkhususan kerja yang terancang
·  Mempunyai sifat keterbukaan
·  Kejatuhan kerana serangan orang Aryan
·  Bencana alam iaitu banjir

   3 ELEMEN PENTING UNTUK MEMBINA TAMADUN INDUS
·  Sifat keterbukaan
·  Taat pada pemerintah(pendeta) dalam melaksanakan perintah
·  Menguasai ilmu geometri,matematik dll

   REFLEKSI PENGAJARAN UTAMA YANG DIPELAJARI
·  Dapat mengetahui tentang sejarah yang lalu
·  Dapat menerapkan nilai-nilai ynag ditunjukkan oleh tamadun indus dalam kehidupan
·  Menyedari akan pentingnya ilmu dunia dan kepentingan ketaatan terhadap agama

No comments:

Post a Comment