Friday 31 October 2014

Salam Perkenalan


Alhamdulillah.. Syukur pada Allah yang telah menjadikan kita umat Nabi Muhammad SAW yang mana Allah telah mengiktiraf kita sebagai umat yang terbaik. Walaupun umur kita pendek dibandingkan dengan umat terdahulu, atas kerja dakwah kita telah dimuliakan dengan setinggi-tinggi kemuliaan.

Blog ini didedikasikan untuk kita yang sedang mencari jalan mentaati perintah Allah. Untuk menjadi umat yang terbaik, kita mesti menghayati pengajaran daripada umat-umat terdahulu, kerana dengan cara itulah kita dapat belajar dan tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakuakn. Sesungguhnya Allah memuliakan sesuatu tamadun dengan agama yang telah dibawa oleh para Nabi-nabi Allah,.

 Oleh itu, kami berharap pengajian tamadun yang sedikit ini dapat membawa kita semua untuk mencapai kemuliaan agama. InshaAllah..