Monday 17 November 2014

Tema: Masyarakat Melayu - Minggu 10

Tempat : Auditorium 1 Fakulti Perubatan UiTM Sg Buloh
Tarikh  : 14 November 2014
Masa    : 2.30pm - 6.00pm

Kumpulan kami ditugaskan untuk mencari maklumat tentang nilai-nilai kemasyarakatan masyarakat Melayu di Malaysia. Berikut merupakan pembentangan tugasan kami:

NILAI-NILAI KEMASYARAKATAN MASYARAKAT MELAYU

Berpegang teguh kepada adat resam

Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti amalan hidup seharian. Orang melayu amat mejaga adat resam dan pantang larang dan adat istiadat. Contohnya, menyambut kelahiran,perkahwinan dan kematian.

Memuliakan orang tua 

Menghormati orang tua adalah satu nilai murni yang penting dlm masyarakat Melayu. Rasulullah S.A.W juga mengajarkan umatnya untuk menghormati golongan yang lebih berusia. Dengan wujudnya ikatan hormat-menghormati ini maka jalinan hubungan masyarakat dapat dieratkan.

Saling menghormati

Salah satu nilai masyarakat Melayu ialah tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang Melayu digalakkkan memberi penghormatan kpd orang lain terlebih dahulu.

Meraikan tetamu

Meraikan tetamu bukan sahaja digalakkan dlm masyarakat Melayu, malah amatlah dianjurkan oleh Islam itu sendiri kerana Allah S.W.T memuliakan orang yang memuliakan tetamunya. Namun terdapat beberapa adab yang perlu diamalkan baik sebagai seorang tetamu mahupun sebagai seorang tuan rumah. Oleh itu, berbuat baiklah dengan tetamu kita kerana amalan ini merupakan simbol masyarakat Melayu.

Bertimbang rasa

Masyarakat Melayu amatlah mementingkan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan. Sikap ini menjadikan masyakat kita lebih matang ke arah masyarakat yang lebih berdaya saing. Budaya seperti ini mampu menaikkan imej masyarakat Melayu.

Bekerja bersungguh-sungguh

Masyarakat Melayu apabila membuat sesuatu pekerjaan pasti akan melakukannya dengan bersunggguh-sungguh.

Bergotong-royong

Salah satu budaya murni orang Melayu ialah melakukan suatu pekerjaan dengan bergotong royong secara berkumpulan. Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti seperti kendu kendara, menanam dan menuai padi. Sifat ini melambangkan masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang bersatu-padu

Sekian sahaja pembentangan dari kami. Terima kasih


Jadual Perancangan Gerak Projek


Perbincangan Gerak Kerja Projek

Tempat : Kolej RC2 Level 4
Tarikh  : 13 November 2014
Masa    : 10 malam

Kami telah mengadakan diskusi bagi menperjelaskan lagi matlamat kami tentang projek kami;

 'Ekonomi dan Pembangunan Tamadun India'.

     Fadhlulllah selaku ketua telah menerangkan tentang perjalanan projek kami. Jadual gerak kerja diperkenalkan. Projek kami dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu soal selidik, laporan blogspot dan temu soal beberapa responden. Kesemua bahan-bahan ini merupakan sumber kepada projek kami.
Perancangan Projek




1) Soal selidik ialah kaedah di mana kami akan memberikan borang soal selidik tentang kajian kami terhadap masyarakat setempat bertujuan untuk mengetahui pendapat masyarakat setempat berkenaan dengan kajian kami. Anggaran sebanyak 10-15 responden akan diselidik secara rawak bagi menjayakan kaedah ini. Kaedah ini diketuai oleh Fathudin dan Fadhlullah.

2) Blogspot-duniaitusementara.blogspot.com pula digunakan sebagai medium antara kami dengan masyarakat luar. Kaedah ini digunakan agar maklumat tentang projek kami tersebar dengan luas dan pantas. Kami berharap masyarakat setempat akan mendapat manfaat daripada projek kami ini. Kaedah ini diketuai oleh Farhan dan Amirul Syarifudin.

3) Temu bual ialah satu kaedah di mana kami akan menyoal soalan-soalan yang spesifik kepada 2-3 responden kami. Kaedah ini diterajui oleh Nadsri dan Zarif

     Untuk Ikram Muslimin pula, kami merancang untuk mengadakan jamuan kecil-kecilan setelah tamatnya kerja-kerja projek kami. Segala bahan keperluan untuk jamuan kecil telahpun disenaraikan oleh Nadsri.

     Akhir kata, kami berharap agar semua proses berjalan dengan lancar. Semoga Allah S.W.T memberi rahmat dan petunjuk kepada kami sepanjang melakukan projek ini. Amin..






















Thursday 6 November 2014

Jawapan Soalan Latihan - Minggu 7



JAWAPAN SOALAN LATIHAN


1)      Pembaharuan-pembaharuan oleh Umar al-Khattab dlm bidang pentadbiran

Dalam bidang politik, Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar. Beliau telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera.
Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan ini diketuai olah katib atau setiausaha. Jabatan Kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham.

Dalam bidang pemerintahan, langkah pertama yang dilakukan oleh Umat sebagai khalifah adalah meneruskan langkah yang telah ditempuh oleh Abu Bakar dalam perluasan wilayah Islam ke luar Semenanjung Arab. Pada masanya terjadi perluasan kekuasaan Islam secara besar-besaran sehingga zaman ini dengan nama Futuhat al-Islamiyah (perluasan wilayah Islam). Berturut-turut pasukan Islam berjaya menduduki Syiria, Iraq, Mesir, Palestin dan Parsi.

2)      Analisis usaha-usaha penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W

1.Dakwah secara rahsia. Peringkat dakwah secara rahsia telah berjalan selama 3 tahun di Makkah. Dakwah telah disampaikan kepada orang-orang yang paling dekat hubungannya dengan Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, iaitu di kalangan ahli keluarga dan teman-temannya. Antara perintah awal yang diturunkan ialah perintah mendirikan solat. Pada permulaan Islam, ALLAH mewajibkan solat 2 rakaat pada waktu pagi dan 2 rakaat pada waktu petang. Sepanjang tempoh rahsia ini, terbentuk persaudaraan akrab di kalangan orang yang memeluk Islam. Setelah hampir 3 tahun, orang-orang Quraisy Makkah mula mengetahui dakwah sulit itu. Walaupun pada awalnya mereka tidak mempedulikan, namun mereka tetap menghantar orang untuk mengintip untuk mengetahui hasil dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

2.Dakwah secara terbuka. Dakwah secara terbuka berlaku pada tahun ke-4 kenabian.  Ayat pertama yang turun berkenaan hal ini ialah ayat 214 dari surah Asy-Shu`ara’.  Langkah pertama selepas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menerima wahyu tersebut ialah memanggil Bani Hashim.  Turut serta ialah Bani al-Muttalib bin `Abd Manaf.  Sebelum Nabi sallAllahu `alaihi wasallam berucap, Abu Lahab telah terlebih dahulu memberikan ucapan.  Di dalam ucapan itu, Abu Lahab telah meremehkan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Baginda terdiam dan tidak bercakap di dalam majlis tersebut.

Kemudian, Baginda memanggil mereka lagi pada kali kedua.  Kali ini, Abu Talib telah mengatakan bahawa sokongan akan diberikan terhadap apa yang diucapkan oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Walaupun Abu Lahab sekali lagi menjadi penentang, namun dengan sokongan dan jaminan Abu Talib, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam akan meneruskan usahanya untuk menyampaikan seruan dakwah kepada semua orang.

Di atas Bukit Safa, sekalian  kaum Quraisy telah dikumpulkan bagi mendengar apa yang bakal disampaikan oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Seperti di dalam majlis keluarga yang diadakan sebelum ini, sekali lagi Abu Lahab menjadi penentangnya.  Selesai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam berucap, Abu Lahab telah menjerit, “Celaka engkau seluruh hari ini, adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?” Kemudian, turunlah ayat dari surah Al-Masad bagi mencela perbuatan Abu Lahab tersebut.

Penghijrahan dari kota mekah ke madinah atas tentangan kaum arab quraisy

1. Membangun Masjid

Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat membangun Masjid. Pembangunan masjid mempunyai erti yang sangat penting bagi .pembangunan masyarakat Islam yang terdiri daripada individu-individu muslim yang sentiasa berpegang teguh kepada aqidah dan syari'at Islam.

Rasulullah SAW menjadikan masjid tidak hanya sebagai tempat solat melainkan juga sebagai tempat berkumpul, bermusyawarah, membina ukhuwah dan aqidah Islam serta mengatiur berbagai persoalan kaum muslimin sekaligus memutuskan hukum di antara mereka.

2. Membina Ukhuwah Islamiah

Aktiviti selanjutnya yang dilakukan Rasulullah SAW adalah mempersaudarakan antara kaum Anshar dan Muhajirin. Persaudaraan yang digambarkan oleh Rasulullah SAW ibarat satu tubuh. Bila salah satu anggota tubuh ditimpa kesakitan maka seluruh tubuhnya merasakan sakit. Persaudaraan yang mendarah daging mengalir dalam tubuh setiap umat sehingga lenyap sama sekali segala bentuk fanatik golongan, suku bangsa dan perkauman.

Rasulullah mempersaudarakan Bilal yang berkulit hitam dari Afrika dengan Abu Ruwaim Al-Khutsa'mi, Salman Al Farisi dari Parsi dengan Mus'ab bin Umair dan lain sebagainya. Persaudaraan ini tidak hanya sampai batas mewarisi harta bahkan isteri (saat itu belum ada
larangannya) , sebagaimana yang terjadi antara Sa'ad bin Rabi dari kaum Anshar dengan Abdurrahman bin Auf dari kaum Muhajirin sehingga kata Sa'ad bin Rabi:
Persaudaraan dengan ikatan Aqidah Islamiah ini semakin bertambah kukuh setelah dinaungi sebuah Daulah dibawah kepimpinan Rasulullah SAW yang menerapkan Sistem Islam.

3. Menyusun Piagam Perjanjian

Setelah Islam datang dan terbentuk masyarakat Islam di Madinah, gambaran dan pola hubungan antara masyarakat Yahudi dan Islam semakin tampak perbezaannya. Oleh kerana itu harus ada kebijaksanaan hokum yang mengatur hubungan mereka dengan kaum muslimin.

Rasulullah SAW kemudian membuat perjanjian (piagam Madinah). Istilah sekarang disebut Undang-Undang Dasar yang berfungsi sebagai suatu manhaj (jalan atau strategi pengamanan) dalam mengatur atau membuat batasan-batasan yang menyangkut interaksi antara kabilah-kabilah Yahudi dan kaum muslimin. Lebih dari itu isi perjajian mencakup pula hubungan negara dengan masyarakat atau masyarakat dengan negara.


3)      5 sumbangan Tamadun Islam kpd  tamadun dunia dalam bidang sains
  
Sejak wahyu pertama diturunkan Allah S.W.T. kepada Rasulullah, Islam telah membuat banyak sumbangan penting kepada tamadun dunia melalui penemuan-penemuan saintifik dan ilmiah yang berguna dan indah yang digunapakai sehingga ke hari ini. Ahli falsafah, ilmuan dan saintis Islam telah memberi dunia pelbagai inovasi dalam bidang perubatan, matematik, sains, seni, senibina, muzik dan sebagainya, terutama semasa Zaman Keemasan Islam.Antara tokoh saintifik Islam paling masyhur ialah Abu Ali al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Ibnu Sina yang telah menulis 246 buku termasuk ‘Kitab-al Shifa’ dan ‘Al-Qanun fit Tibb’ yang menjadi panduan utama bagi bidang sains perubatan di Barat dari abad ke 12 hingga 17. Perhatian terhadap bidang perubatan bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. yang pernah bersabda, "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua". Mengambil iktibar dari sabda Baginda, hospital-hospital dan klinik-klinik ditubuhkan di seluruh dunia Islam, dan yang paling awal telah dibina pada 707 Masihi di Damsyik semasa pemerintahan Khalifah Walid ibn Abd a-Malik.Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600 tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo. Ibn Firnas dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.

Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600 tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo.Ibn Firnas dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruanBapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui.  longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.Al-Khawarizmi pula digelar Bapa Algebra di mana nama algebra diambil sempena bukunya, ‘Hisab Al-Jabr wal Mugabalah’ (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) yang menjadi asas algebra moden.Mereka ini hanya sebahagian daripada ratusan cendiakawan Islam yang telah membuat sumbangan besar kepada dunia melalui ciptaan atau penemuan yang digunapakai sehingga ke hari ini.
4)      Sumbangan Tamadun Islam dlm bidang matematik dan pelayaran

Al-Battani dikenali di Barat dengan nama Albategnius. Beliau amat terkenal dalam bidang matematik dan astronomi. Penemuan beliau yang agung termasuklah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini, iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangen. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad kedua belas di bawah tajuk De scienta stellerum — De numeris stellerum et motibus. Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani.

Ibnu Batuta. Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya. Beliau sangat meminati pelayaran dan pengembaraan dan telah menjelajah negara-negara Asia, Afrika dan Timur Eropah yang memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer selama 38 tahun . Beliau sangat prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan bertanya segala yang menyentuh pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan. Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat. Pengembaraannya yang masyhur ialah pada 1/3 yang terakhir , ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Selepas itu beliau menetap di Pas, Maghribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya. Salah seorang dari penulis Dar al Ifta’ di Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur. Ada di kalangan pengkaji barat meragui sebahagian pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan diakui oleh pengkaji yang lain. Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.



5)      Sumbangan Kerajaan Umayyah terhadap perkembangan Tamadun Islam

KETENTERAAN 

·         Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi
·         Membahagikan tentera kerajaan umaiyah kepda 5 pasukan :

1)                  Pasukan tengah
2)                  Pasukan sayap kanan
3)                  Pasukan sayap kiri
4)                  Pasukan hadapan
5)                  Pasukan barisan belakang
·         Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden. ·         Angkatan tentera juga terdiri dari

1)                  Pasukan berkuda
2)                  Pasukan berkenderaan
3)                  Pasukan jalan kaki
·         Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas
·         Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta   
          pangkalan tentera laut yang berpusat di Tunisa, syria & iskandariah 
·         Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi kerahan 
          bagi yang memenuhi syarat
·         Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan
·         Antara tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka andalus )
PENDIDIKAN
  
-          Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan
-          Khalifah Abd. Malik bin Marwan & Umar Bin Abd. Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam   
           bidang al-quran, trafsir, hadis, dan nahu
-          Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu
-          Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah
-          Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu sejarah
           dan geografi telah mula dipelajari
-          Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini

 EKONOMI
  
-          Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan
-          Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan 
           dijalankan untuk majukan sektor ini
-          Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan
-          Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun
-          Perusahaan kraftangan dijalankan seperti membuat kiswah ka'abah, sutera dll
-          Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara
-          Hasil negara ketika itu terdiri dari :

1)                  Kharaj
2)                  Jizyah
3)                  Zakat
4)                  Usyur
5)                  Fai'e
6)                  Zakat
7)                  Ghanimah