Thursday 4 December 2014

Temu Bual Responden


Tempat      : - Clinical Training Centre Uitm Sg Buloh
  - SGS Ground Floor
Tarikh        : 4 Disember 2014
Masa          : 12.00pm – 1.30pm

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh…

Entri pada kali ini lebih kepada hasil laporan temu bual kami terhadap responden-responden yang dipilih ataupun secara rawak tentang kajian kami. 

Berikut merupakan hasil laporan gerak kerja kami,


1) Interview Bersama En Mughillan



- 33 tahun
- Bekerja sebagai pemandu peribadi
- Tidak berpendidikan tinggi (Lepasan SPM)
- Menetap di Kajang
- Berkeluarga ( 2 anak )

Kami menemuramah En Mughillan di CTC Cafe. En Mughillan berpandangan masyarakat India di Kajang kebanyakannya bekerja di perkhidmatan industri. Beliau percaya bahawa apa yang kita usahakan akan kita dapat kembali. En Mughillan juga menyatakan bahawa dalam agama Hindu, penekanan dalam niai murni ketika bekerja dititikberaatkan seperti kejujuran dan memudahkan orang lain. Tapi malangnya, ramai orang Hindu tidak mengamalkan kitab mereka. Agama hindhu juga tidak menggalakkan para isteri untuk bekerja.

Beliau berharap agar masyrakat India di Malaysia supaya lebih berfikiran terbuka dan ceburkn diri dalam business walaupun dibantu oleh organisasi seperti NAM dan Rukun Tetangga. Beliau bersetuju bahawa Kaum Cina masih memegang ekonomi di Malaysia kerana sokongan kewangan daripada keluarga dan konsisten dalam berniaga.

Sebagai penutup, beliau menyatakan bahawa beliau melakukan kerja sampingan iaitu Rider Domino’s Pizza untuk menyokong pendapatan beliau.




2) Interview Bersama En Ruban



- 20 tahun
- Lepasan diploma Accounting UM
- Bekerja sebagai akauntan di syarikat swasta
- Bujang
- Tinggal di Batu Cave

Kebanyakan generasi muda India masih mengharapkan ibu bapa sebagai sumber ekonomi walaupun sudah bekerja. En Ruban juga berpendapat tidak ramai dari generasi muda India yang menceburi bidang perniagaan. Dlam kepercayaan beliau, antara amalan yang diamalkan sebelum bekerja ialah sujud kaki ibu bapa kerna yakin dapat memurahkan rezeki. Beliau juga bersetuju bahawa tidak ramai orang India yang beramal dengan mereka.

Masyarakat India di Batu Cave kebanyakanya menceburkan diri dalam bidang perindustrian dan tidak berminat untuk bekerja sendiri. Beliau berpandangan antara punca kurang kemajuan dalam masyarakat India ialah tidak mahu menyambung pelajaran. Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan bahawa tahap pendidikan masyarakat India meningkat. Graduan universiti juga memilih untuk bekerja kecil-kecilan.

Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran dan menolong bangsanya.





3) Interview Bersama Dr Navindra



- 36 tahun
- Pensyarah microbiologi di UiTM Sg Buloh
- Berkeluarga ( 1 anak )
- Professional family background


Beliau berpendapat ekonomi masyarakat India masih lagi tidak mencapai tahap memuaskan. Walaupun sebagai seorang pensyarah, beliau berpendapat gajinya masih tidak cukup untuk kos sara hidup di bandar pada masa hadapan. Beliau tidak tahu banyak tentang amalan dalam kepercayaan India yang berkaitan dengan etika kerja. Walaubagaimanapun, beliau tahu akan kepercayaan supaya isteri tidak bekerja.

Beliau juga berpandangan ekonomi masih ditakluki oleh masyarakat Cina disebabkan oleh attitude mereka, bercita-cita tinggi, dan money minded. Hal ini menyebabkan masyarakat India susah untuk bersaing dalam bidang perniagaan. Generasi muda India yg menyambung pelajaran masih lagi minoriti disebabkan kuota dan kelayakan mereka sendiri.

Beliau berharap agar sistem pendidikan berteraskan merit dapat dilaksanakan dan bukannya sistem kuota kerana beliau yakin pendidkan masyarakat India dapat memajukan ekonomi.








Dapatan Daripada Aktiviti Interview

- mereka bersetuju bahawa ekonomi masyarakat India masih belum ke 
  tahap memuaskan.
- kebanyakan masyarakat India menceburi bidang perindustrian spt kerja 
  di kilang kilang.
- minoriti masyarkat India melibatkan dalam bidang perniagaan kecil 
  kecilan.
- amalan dan kepercayaan dalam pekerjaan dan ekonomi ada digariskan 
  dalam kitab mereka, tetapi kebanyakan masyarakat India telah 
  meninggalkan kepercayaan.
- kepercayaan mereka berpendapat bahawa kaum wanita tidak perlu 
  bekerja dan menjadi surirumah.
- nilai seperti kejujuran ditekankan dalam pekerjaan.
- masyarakat India juga perlu meninggalkan sifat kebergantungan pada 
  orang lain untuk berjaya.
- mereka semua bersetuju bahawa masyarakat India perlu mengamalkan 
  sifat sifat masyarakat Cina dalam bekerja seperti disiplin dan 
  kesungguhan yang tinggi.
- masyarakat India yakin pendidikan dapat membantu kemajuan 
  ekonomi.

No comments:

Post a Comment