JAWAPAN SOALAN LATIHAN
1)
Pembaharuan-pembaharuan
oleh Umar al-Khattab dlm bidang pentadbiran
Dalam bidang politik, Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan
pelantikan pegawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh
wakil golongan Muhajirin dan Ansar. Beliau telah membahagikan jajahan takluk
Islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali gabenor sebagai ketua yang
bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera.
Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting
seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan
Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan ini diketuai olah katib atau setiausaha.
Jabatan Kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan dan untuk mengelakkan
salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu
sekitar 500 dirham.
Dalam bidang pemerintahan, langkah pertama yang dilakukan oleh Umat sebagai khalifah
adalah meneruskan langkah yang telah ditempuh oleh Abu Bakar dalam perluasan
wilayah Islam ke luar Semenanjung Arab. Pada masanya terjadi perluasan
kekuasaan Islam secara besar-besaran sehingga zaman ini dengan nama Futuhat
al-Islamiyah (perluasan wilayah Islam). Berturut-turut pasukan Islam berjaya
menduduki Syiria, Iraq, Mesir, Palestin dan Parsi.
2)
Analisis
usaha-usaha penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W
1.Dakwah secara rahsia. Peringkat dakwah secara rahsia telah berjalan selama
3 tahun di Makkah. Dakwah telah disampaikan kepada orang-orang yang paling
dekat hubungannya dengan Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, iaitu di
kalangan ahli keluarga dan teman-temannya. Antara perintah awal yang diturunkan
ialah perintah mendirikan solat. Pada permulaan Islam, ALLAH mewajibkan solat 2
rakaat pada waktu pagi dan 2 rakaat pada waktu petang. Sepanjang tempoh rahsia
ini, terbentuk persaudaraan akrab di kalangan orang yang memeluk Islam. Setelah
hampir 3 tahun, orang-orang Quraisy Makkah mula mengetahui dakwah sulit itu.
Walaupun pada awalnya mereka tidak mempedulikan, namun mereka tetap menghantar
orang untuk mengintip untuk mengetahui hasil dakwah Nabi Muhammad sallAllahu
`alaihi wasallam.
2.Dakwah secara terbuka. Dakwah secara terbuka berlaku pada
tahun ke-4 kenabian. Ayat pertama yang
turun berkenaan hal ini ialah ayat 214 dari surah Asy-Shu`ara’. Langkah pertama selepas Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam menerima wahyu tersebut ialah memanggil Bani Hashim. Turut serta ialah Bani al-Muttalib bin `Abd
Manaf. Sebelum Nabi sallAllahu `alaihi
wasallam berucap, Abu Lahab telah terlebih dahulu memberikan ucapan. Di dalam ucapan itu, Abu Lahab telah
meremehkan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Baginda terdiam dan tidak bercakap di dalam
majlis tersebut.
Kemudian, Baginda memanggil mereka lagi pada kali
kedua. Kali ini, Abu Talib telah
mengatakan bahawa sokongan akan diberikan terhadap apa yang diucapkan oleh Nabi
Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
Walaupun Abu Lahab sekali lagi menjadi penentang, namun dengan sokongan
dan jaminan Abu Talib, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam akan
meneruskan usahanya untuk menyampaikan seruan dakwah kepada semua orang.
Di atas Bukit Safa, sekalian kaum Quraisy telah dikumpulkan bagi mendengar
apa yang bakal disampaikan oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Seperti di dalam majlis keluarga yang
diadakan sebelum ini, sekali lagi Abu Lahab menjadi penentangnya. Selesai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi
wasallam berucap, Abu Lahab telah menjerit, “Celaka engkau seluruh hari ini,
adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?” Kemudian, turunlah ayat dari surah
Al-Masad bagi mencela perbuatan Abu Lahab tersebut.
Penghijrahan dari kota mekah ke madinah atas tentangan kaum
arab quraisy
1. Membangun Masjid
Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat membangun Masjid.
Pembangunan masjid mempunyai erti yang sangat penting bagi .pembangunan
masyarakat Islam yang terdiri daripada individu-individu muslim yang sentiasa
berpegang teguh kepada aqidah dan syari'at Islam.
Rasulullah SAW menjadikan masjid tidak hanya sebagai tempat
solat melainkan juga sebagai tempat berkumpul, bermusyawarah, membina ukhuwah
dan aqidah Islam serta mengatiur berbagai persoalan kaum muslimin sekaligus
memutuskan hukum di antara mereka.
2. Membina Ukhuwah Islamiah
Aktiviti selanjutnya yang dilakukan Rasulullah SAW adalah
mempersaudarakan antara kaum Anshar dan Muhajirin. Persaudaraan yang
digambarkan oleh Rasulullah SAW ibarat satu tubuh. Bila salah satu anggota
tubuh ditimpa kesakitan maka seluruh tubuhnya merasakan sakit. Persaudaraan
yang mendarah daging mengalir dalam tubuh setiap umat sehingga lenyap sama
sekali segala bentuk fanatik golongan, suku bangsa dan perkauman.
Rasulullah mempersaudarakan Bilal yang berkulit hitam dari
Afrika dengan Abu Ruwaim Al-Khutsa'mi, Salman Al Farisi dari Parsi dengan
Mus'ab bin Umair dan lain sebagainya. Persaudaraan ini tidak hanya sampai batas
mewarisi harta bahkan isteri (saat itu belum ada
larangannya) , sebagaimana yang terjadi antara Sa'ad bin
Rabi dari kaum Anshar dengan Abdurrahman bin Auf dari kaum Muhajirin sehingga
kata Sa'ad bin Rabi:
Persaudaraan dengan ikatan Aqidah Islamiah ini semakin
bertambah kukuh setelah dinaungi sebuah Daulah dibawah kepimpinan Rasulullah
SAW yang menerapkan Sistem Islam.
3. Menyusun Piagam Perjanjian
Setelah Islam datang dan terbentuk masyarakat Islam di
Madinah, gambaran dan pola hubungan antara masyarakat Yahudi dan Islam semakin
tampak perbezaannya. Oleh kerana itu harus ada kebijaksanaan hokum yang
mengatur hubungan mereka dengan kaum muslimin.
Rasulullah SAW kemudian membuat perjanjian (piagam
Madinah). Istilah sekarang disebut Undang-Undang Dasar yang berfungsi sebagai
suatu manhaj (jalan atau strategi pengamanan) dalam mengatur atau membuat
batasan-batasan yang menyangkut interaksi antara kabilah-kabilah Yahudi dan
kaum muslimin. Lebih dari itu isi perjajian mencakup pula hubungan negara
dengan masyarakat atau masyarakat dengan negara.
3)
5 sumbangan
Tamadun Islam kpd tamadun dunia dalam
bidang sains
Sejak wahyu pertama diturunkan Allah S.W.T. kepada Rasulullah, Islam telah membuat banyak sumbangan penting kepada tamadun dunia melalui penemuan-penemuan saintifik dan ilmiah yang berguna dan indah yang digunapakai sehingga ke hari ini. Ahli falsafah, ilmuan dan saintis Islam telah memberi dunia pelbagai inovasi dalam bidang perubatan, matematik, sains, seni, senibina, muzik dan sebagainya, terutama semasa Zaman Keemasan Islam.Antara tokoh saintifik Islam paling masyhur ialah Abu Ali al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Ibnu Sina yang telah menulis 246 buku termasuk ‘Kitab-al Shifa’ dan ‘Al-Qanun fit Tibb’ yang menjadi panduan utama bagi bidang sains perubatan di Barat dari abad ke 12 hingga 17. Perhatian terhadap bidang perubatan bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. yang pernah bersabda, "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua". Mengambil iktibar dari sabda Baginda, hospital-hospital dan klinik-klinik ditubuhkan di seluruh dunia Islam, dan yang paling awal telah dibina pada 707 Masihi di Damsyik semasa pemerintahan Khalifah Walid ibn Abd a-Malik.Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600 tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo. Ibn Firnas dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.
Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600 tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo.Ibn Firnas dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruanBapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui. longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.Al-Khawarizmi pula digelar Bapa Algebra di mana nama algebra diambil sempena bukunya, ‘Hisab Al-Jabr wal Mugabalah’ (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) yang menjadi asas algebra moden.Mereka ini hanya sebahagian daripada ratusan cendiakawan Islam yang telah membuat sumbangan besar kepada dunia melalui ciptaan atau penemuan yang digunapakai sehingga ke hari ini.

4)
Sumbangan
Tamadun Islam dlm bidang matematik dan pelayaran
Al-Battani dikenali di Barat dengan nama Albategnius. Beliau
amat terkenal dalam bidang matematik dan astronomi. Penemuan beliau yang
agung termasuklah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini,
iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang
trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan
konsep sinus dan tangen. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan
ke dalam bahasa Latin pada abad kedua belas di bawah tajuk De scienta stellerum
— De numeris stellerum et motibus. Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus
Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani.
Ibnu Batuta. Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b.
Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di
Marakas, Moroko, berketurunan Libya. Beliau sangat meminati pelayaran
dan pengembaraan dan telah menjelajah negara-negara Asia, Afrika dan Timur
Eropah yang memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer selama 38 tahun . Beliau
sangat prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan
bertanya segala yang menyentuh pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan.
Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana
dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat. Pengembaraannya yang
masyhur ialah pada 1/3 yang terakhir , ketika menjelajahi negara Afrika dan
negara-negara Islam. Selepas itu beliau menetap di Pas, Maghribi bagi
mentafsirkan hasil pengembaraannya. Salah seorang dari penulis Dar al Ifta’ di
Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya
bahasa yang teratur. Ada di kalangan pengkaji barat meragui sebahagian
pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan diakui oleh pengkaji
yang lain. Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku “Tuhfat al Anzhar fi
Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan
ke dalam pelbagai bahasa.
5)
Sumbangan
Kerajaan Umayyah terhadap perkembangan Tamadun Islam
KETENTERAAN
· Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi
· Membahagikan tentera kerajaan umaiyah kepda 5 pasukan :
1) Pasukan tengah
2) Pasukan sayap kanan
3) Pasukan sayap kiri
4) Pasukan hadapan
5) Pasukan barisan belakang
· Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden. · Angkatan tentera juga terdiri dari
1) Pasukan berkuda
2) Pasukan berkenderaan
3) Pasukan jalan kaki
· Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas
· Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta
pangkalan tentera laut yang berpusat di Tunisa, syria & iskandariah
· Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi kerahan
bagi yang memenuhi syarat
· Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan
· Antara tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka andalus )
PENDIDIKAN
- Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan
- Khalifah Abd. Malik bin Marwan & Umar Bin Abd. Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam
bidang al-quran, trafsir, hadis, dan nahu
- Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu
- Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah
- Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu sejarah
dan geografi telah mula dipelajari
- Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini
EKONOMI
- Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan
- Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan
dijalankan untuk majukan sektor ini
- Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan
- Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun
- Perusahaan kraftangan dijalankan seperti membuat kiswah ka'abah, sutera dll
- Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara
- Hasil negara ketika itu terdiri dari :
1) Kharaj
2) Jizyah
3) Zakat
4) Usyur
5) Fai'e
6) Zakat
7) Ghanimah

No comments:
Post a Comment