Tempat :
- Clinical Training Centre Uitm Sg Buloh
- SGS
Ground Floor
Tarikh :
4 Disember 2014
Masa :
12.00pm – 1.30pm
Assalamualaikum Warahmatullah
Wabarakatuh…
Entri pada kali ini lebih kepada hasil
laporan temu bual kami terhadap responden-responden yang dipilih ataupun secara
rawak tentang kajian kami.
Berikut merupakan hasil laporan gerak
kerja kami,
1) Interview Bersama En Mughillan
- 33 tahun
- Bekerja sebagai
pemandu peribadi
- Tidak berpendidikan
tinggi (Lepasan SPM)
-
Menetap di Kajang
-
Berkeluarga ( 2 anak )
Kami
menemuramah En Mughillan di CTC Cafe. En Mughillan berpandangan masyarakat
India di Kajang kebanyakannya bekerja di perkhidmatan industri. Beliau percaya
bahawa apa yang kita usahakan akan kita dapat kembali. En Mughillan juga
menyatakan bahawa dalam agama Hindu, penekanan dalam niai murni ketika bekerja
dititikberaatkan seperti kejujuran dan memudahkan orang lain. Tapi malangnya,
ramai orang Hindu tidak mengamalkan kitab mereka. Agama hindhu juga tidak
menggalakkan para isteri untuk bekerja.
Beliau
berharap agar masyrakat India di Malaysia supaya lebih berfikiran terbuka dan
ceburkn diri dalam business walaupun dibantu oleh organisasi seperti NAM
dan Rukun Tetangga. Beliau bersetuju bahawa Kaum Cina masih memegang ekonomi di
Malaysia kerana sokongan kewangan daripada keluarga dan konsisten dalam
berniaga.
Sebagai
penutup, beliau menyatakan bahawa beliau melakukan kerja sampingan iaitu Rider
Domino’s Pizza untuk menyokong pendapatan beliau.
2) Interview Bersama En
Ruban
- 20 tahun
- Lepasan diploma
Accounting UM
- Bekerja sebagai
akauntan di syarikat swasta
- Bujang
- Tinggal di Batu Cave
Kebanyakan generasi
muda India masih mengharapkan ibu bapa sebagai sumber ekonomi walaupun sudah
bekerja. En Ruban juga berpendapat tidak ramai dari generasi muda India yang
menceburi bidang perniagaan. Dlam kepercayaan beliau, antara amalan yang
diamalkan sebelum bekerja ialah sujud kaki ibu bapa kerna yakin dapat
memurahkan rezeki. Beliau juga bersetuju bahawa tidak ramai orang India yang
beramal dengan mereka.
Masyarakat India di
Batu Cave kebanyakanya menceburkan diri dalam bidang perindustrian dan tidak
berminat untuk bekerja sendiri. Beliau berpandangan antara punca kurang
kemajuan dalam masyarakat India ialah tidak mahu menyambung pelajaran. Pada
masa yang sama, beliau tidak menafikan bahawa tahap pendidikan masyarakat India
meningkat. Graduan universiti juga memilih untuk bekerja kecil-kecilan.
Beliau bercadang untuk
menyambung pelajaran dan menolong bangsanya.
3) Interview Bersama Dr Navindra
- 36 tahun
- Pensyarah
microbiologi di UiTM Sg Buloh
- Berkeluarga ( 1 anak
)
- Professional family
background
Beliau berpendapat
ekonomi masyarakat India masih lagi tidak mencapai tahap memuaskan. Walaupun
sebagai seorang pensyarah, beliau berpendapat gajinya masih tidak cukup untuk
kos sara hidup di bandar pada masa hadapan. Beliau tidak tahu banyak tentang
amalan dalam kepercayaan India yang berkaitan dengan etika kerja.
Walaubagaimanapun, beliau tahu akan kepercayaan supaya isteri tidak bekerja.
Beliau juga
berpandangan ekonomi masih ditakluki oleh masyarakat Cina disebabkan oleh attitude
mereka, bercita-cita tinggi, dan money minded. Hal ini menyebabkan
masyarakat India susah untuk bersaing dalam bidang perniagaan. Generasi muda
India yg menyambung pelajaran masih lagi minoriti disebabkan kuota dan kelayakan
mereka sendiri.
Beliau berharap agar
sistem pendidikan berteraskan merit dapat dilaksanakan dan bukannya sistem
kuota kerana beliau yakin pendidkan masyarakat India dapat memajukan ekonomi.
Dapatan
Daripada Aktiviti Interview
- mereka bersetuju
bahawa ekonomi masyarakat India masih belum ke
tahap memuaskan.
- kebanyakan masyarakat
India menceburi bidang perindustrian spt kerja
di kilang kilang.
- minoriti masyarkat
India melibatkan dalam bidang perniagaan kecil
kecilan.
- amalan dan
kepercayaan dalam pekerjaan dan ekonomi ada digariskan
dalam kitab mereka,
tetapi kebanyakan masyarakat India telah
meninggalkan kepercayaan.
- kepercayaan mereka
berpendapat bahawa kaum wanita tidak perlu
bekerja dan menjadi surirumah.
- nilai seperti
kejujuran ditekankan dalam pekerjaan.
- masyarakat India juga
perlu meninggalkan sifat kebergantungan pada
orang lain untuk berjaya.
- mereka semua
bersetuju bahawa masyarakat India perlu mengamalkan
sifat sifat masyarakat Cina
dalam bekerja seperti disiplin dan
kesungguhan yang tinggi.
- masyarakat India
yakin pendidikan dapat membantu kemajuan
ekonomi.